Permohonan Pembelian Buku

Garis Panduan Permohonan Pembelian Buku.

1. Permohonan pembelian bahan perpustakaan terbuka kepada warga KUIS sahaja.

2. Pemohon perlu memastikan bahan untuk pembelian adalah 5 tahun terkini atau 3 tahun terkini bagi buku subjek Teknologi Maklumat.

3. Permohonan pembelian boleh dilakukan dengan mengisi borang secara online di laman web Perpustakaan Imam Al-Syafi’i. (Rujuk Panduan Permohonan Bahan Perpustakaan Secara Online).

4. Pemohon juga perlu mengisi Borang Permohonan Pembelian Bahan Perpustakaan (Kakitangan) iaitu LBRY-PRLHN-1 untuk mendapatkan sokongan daripada Dekan/ Pengarah/ Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah. (Muat turun Borang Permohonan Pembelian Bahan Perpustakaan - Kakitangan (LBRY-PRLHN-1)

5. Borang permohonan LBRY-PRLHN-1 yang telah lengkap perlu dihantar ke kaunter Pejabat Ketua Pustakawan.

6. BAGI FAKULTI/PROGRAM PENGAJIAN YANG AKAN DIAUDIT OLEH MQA perlu mengemukakan permohonan bahan perpustakaan tiga (3) bulan lebih awal sebelum tarikh audit.

7. Penetapan kuantiti pembelian buku adalah seperti berikut :

Bil

Perkara

Kuantiti/Jumlah Naskhah

1.

Teks

1 naskhah

2.

Rujukan Utama

3 naskhah

3.

Rujukan Tambahan

1 naskhah

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota: Perubahan pembelian kuantiti buku bergantung kepada keperluan. Bagi Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, rujukan utama adalah terhad kepada 1 naskhah sahaja.

 

8. Setiap pembelian yang dikemukakan perlu mendapat kelulusan pembelian dalam Mesyuarat Sebutharga.

9. Tempoh pembekalan buku luar negara ke Perpustakaan Imam Al-Syafi’i adalah selama 90 hari dan 30 hari bagi pembelian buku-buku tempatan.

10. Garis panduan ini adalah tertakluk kepada Dasar Pembangunan Koleksi, Seksyen Perolehan, Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat (BPSM), Perpustakaan Imam Al-Syafi’i.

11. Sebarang persoalan berkaitan pembelian bahan boleh diajukan kepada pegawai di Seksyen Perolehan, BPSM di talian 2113.

;