(Versi Digital)

klik di sini

Projek MyCC yang bermula pada penghujung tahun 2011, dengan empat skop utama iaitu Pendigitalan Bahan Arkib Dokumen, Pendigitalan Bahan Arkib Audio Visual, Naik Taraf Pusat Data dan Pembangunan Aplikasi OFA. Pembangunan Aplikasi OFA ini dipecahkan kepada enam modul utama iaitu pembangunan modul Panducari, integrasi data antara OFA dengan data daripada aplikasi Computerised Archival System (COMPASS), Archival Management System (AMS) dan Media Aset Management System (MAMS), pembangunan modul penempahan bahan dalam talian, pembangunan modul pembayaran dalam talian, pembangunan modul pemuliharaan format digital dan pengubahsuaian aplikasi COMPASS dan MAMS. Tujuan utama pembangunan OFA adalah untuk menyediakan sistem yang mesra pengguna dengan menggunakan antara muka yang interaktif. Ini bagi membolehkan penyelidik membuat carian bahan arkib dengan mudah dan seterusnya dapat membuat tempahan dan bayaran bagi pembelian bahan digital.

;